BAB 5


Loceng sekolah sudah berbunyi, menandakan semua pelajar harus memasuki kelas masing-masing dan bersedia dengan pengajaran guru. Sekolah Tinggi Tengku Inzyan II  Langkawi riuh rendah seketika dengan derapan tapak kasut pelajar berebut-berebut hendak ke kelas masing-masing. Namun masih ada segelintir dengan lenggok lemah lembutnya selamba membiarkan masa itu terus pergi menjauh meninggalkan mereka.

            Ierani Ilyana meletakkan beg sekolahnya di bawah meja. dia seperti biasa, datang awal ke sekolah, meminta berkat guru dan Tuhan untuk pembelajaran yang lebih baik. Cermin mata besarnya dibetulkan, asyik hendak terjatuh saja. naik rimas dia!

            “Tangkap!” jerit pekik teman sekelas hanya dibiarkan. Dia tidak pernah peduli pun. biarlah kelas itu mahu tunggang-langgang atau patah sana sini dek kerana penangan nakal rakan sekelasnya.

            Tiba-tiba sebiji bola mengenai kepala Ierani Ilyana, gadis itu menahan sakit. digosok-gosok kepalanya, seraya memandang muka-muka nakal mereka yang tidak tahu memilih tempat mahu bermain bola besar itu. kalau kecil, tidak mengapalah juga. Ini sudahlah besar seperti gajah!

            “Sorry Yana.....” Pelajar lelaki itu senyum sinis. pasti dia menahan gelak di dalam hati.

            Ierani Ilyana hanya mampu menjeling tajam. tidak kuasa dia mahu melayan. Buku teks bahasa melayunya diselak satu-satu. Matanya melirik ke muka jam yang tergantung indah di tengah-tengah kelas. Sudah pukul lapan lima minit, mana pula cikgu ini.. menghilangkan mood yang baik saja.

            “Arghhh!!!!!! Haziq Iqmal!!!!” tiba-tiba jeritan memecah di hujung kelas sebalah tingkap. Semua pelajar berdiri dan mendekati jendela kelas. Bunyi hon jelas kedengaran, pelajar lelaki itu lewat lagi. tetapi pintu sentiasa terbuka untuk kereta besar yang membawanya walau betapa lewatnya dia datang ke sekolah itu.

            Ierani Ilyana turut bangun, dia menyelit-nyelit di antara mereka. Pandangannya terjun ke bawah. Kereta hitam kilat di bawah, dibuka pintunya dari dalam. Pelajar-pelajar perempuan yang melihat, terjerit-jerit melihat Haziq Iqmal melangkah keluar dari dalam kereta. Lelaki itu menguntum senyum memandang sekeliling sekolah. Begitu ramai orang menanti dan menyambut kedatangannya setiap hari di sekolah.

            “Haziq...” senyumannya melebar nipis, lelaki idaman ramai itu sudah sampai di sekolah. Walau situasi ini sentiasa berulang setiap hari, begitulah.... barangkali rutinnya sememangnya seperti itu sejak azali. Yang terbaik seringkali diberi perhatian!

            Haziq Iqmal Tan Sri Zarif Adnan anak jutawan terkenal, pelajar pintar dan kacak Sekolah Tinggi Tengku Inzyan II. Ramai mencemburui anugerah illahi yang dimiliki lelaki itu. Namun tidak kurang ramai juga yang tergila-gilakannya. Yang pasti mereka perempuan!

            “Hee... tepilah, kau pun nak tengok dia jugak ke? heee pleaselah.... muka macam katak ada hati nak pandang Haziq aku..” Seorang teman sekelasnya menolak tubuh kecil Ierani Ilyana kasar. “Oh my baby....” kedua belah pipinya dipegang kejap, terasa hangatnya.

            Pelajar lelaki hanya mampu mencebik, mahu menjadi seperti Haziq Iqmal, mana mungkin. Walau jelas terukir samada di wajah mahupun di dalam hati, mahu diberi perhatian sama sepertimana lelaki itu. Siapa tidak mahu kaya, pintar, baik, dan digilai sepertinya....Semua orang mahu.

            Ierani Ilyana kembali ke tempat duduknya. Iyalah, dia tidak secantik mereka semua, patutnya dia sedar itu. Mana mungkin Haziq Iqmal yang baik itu akan memandangnnya, dia bunuh diri di depan lelaki itu pun, belum tentu dia mahu menoleh. Tetapi berangan-angan sememangnya manis sekali dan dia suka benar dengan perasaan ini... sekurang-kurangnya hidupnya penuh warna-warni. Tidaklah suram setiap saat. Ada juga manis, masam, pahit... walau hanya dalam MIMPI!