Cermin mata bingkai hitam besar yang tergantung di
batang hidungnya sesekali dibetulkan.
Rambut kusut masai yang mengganggu pandangan cepat-cepat ditolak tepi perlahan.
Ierani Ilyana menaip laju di atas papan kekunci komputer. Sesekali dia ketawa
kecil membaca komen dari kawan-kawannya. Hidup yang menjengkelkan. Hanya tahu
melayari internet, makan. tidur. Itu sahaja yang ada dalam hidupnya.
Dia
baru teringat yang dia belum membaca berita hari ini, hal dunia perlu diambil
tahu juga. Bukan soal artis dan hiburan semata-mata saja. sebodoh-bodoh dia,
jangan dia jadi manusia yang tidak mengikut perkembangan semasa. Sepasang mata
kecil itu melekat di skrin komputer. Ierani Ilyana terangguk-angguk kecil,
bibirnya turut terkumat-kamit membaca satu-persatu laporan yang terbentang di
ruang mata.
Matanya
membulat melihat nama Haziq Iqmal besar di hujung kursor komputer bimbitnya.
“Arhhh!!!!!!!!!!!! Haziq dah balik Malaysia!!” Jerit Ierani Ilyana kuat, pasti
Tok Said di hujung jalan kampung itu turut mendengarnya.
Pintu bilik kecil anak gadisnya ditolak kuat,
“Yana, kenapa, kenapa??”
“Ha?
ahhh... tak... ada lipas tadi..hehe” elaknya. Dia senyum kambing kepada
bapanya.
“Hmm...ingatkan
apalah tadi...terkejut ayah...” Pakcik Omar menggeleng-gelengkan kepala, dia
ingin berlalu. langkahnya berhenti seketika, dia mengadap anak gadisnya. “Dah
pukul berapa ni, tak tidur lagi? esok kan Yana nak temuduga kerja kat bandar..”
Ujar Pakcik Omar lembut. Sempat matanya mengintai jam bulat di tepi dinding
atas meja belajar.
“Huh?
Iyalah, ok, ok Yana tidur sekarang...” Ierani Ilyana melihat jam, cepat-cepat
dia menutup komputer bimbit, sebelum langkahnya dipanjangkan ke katil bujang
kecil di sudut tepi bilik. Ierani Ilyana menarik selimut di hujung katil,
matanya dipejamkan rapat. “Selamat malam ayah...jangan lupa tutupkan lampu
ya...” Ierani menguntum senyum nipis.
“Hmm..
selamat malam untuk anak ayah jugak...” Pakcik Omar menggeleng-gelengkan
kepala. Dia ketawa kecil dengan gelagat anak kecil itu. pantas ditutup lampu
dan pintu dari luar.
Ierani Ilyana menguak selimut perlahan, dia bangun
ke meja belajar. Diambil komputer bimbitnya, sebelum dibawa ke katil bersama.
Tangannya ligat memutar kursor semula. Di forum bekas sekolahnya hangat
memperkatakan tentang anak jutawan terkenal itu, siapa lagi jika bukan Haziq
Iqmal Tan Sri Zarif Adnan.
Ierani
Ilyana menggigit bibir. Dia pantas menutup komputer bimbit, tidak mengapa,
besok dia akan menghitung perkara ini. dia perlu tidur. Sekurang-kurangnya dia
perlu mendapat pekerjaan esok. Muka hodoh, tidak berpelajaran, tidak mengapa,
jangan dia menyusahkan kedua orang tuanya sudahlah..Sampai bila perlu
ditanggung. Huh!
Ierani
Ilyana angguk kecil, yeah! Selamat Malam!
“I
tunggu kat kereta je, malas nak cari parkir..” Haziq Iqmal menarik pandangan
jauh dari dalam kereta, mengadap lintasan zebra betul-betul di depan pintu
masuk utama pusat membeli-belah terkemuka pulau helang itu.
Jari telunjuknya lurus ditujah-tujah ke arah
tunangnya. “Hei, you jangan nak mengada-mengadalah! Cepatlah pergi parkir kat
mana-mana, nanti cari I kat dalam..”
Haziq
Iqmal mendengus kasar, belum sempat dia menjawab, pintu kereta sudah dihempas
kuat. Kepalanya digeleng-gelengkan kesal, perempuan itu memang tidak beradab
langsung. Tidak pernah naik kereta mewah kah? Habis sekejap saja rosak pintu
keretanya jika terus begini. Patut tukar kereta murah, lama-lama. haha ...
pasti dia tidak mahu naik. Itu semestinya!
Matanya
melilau mencari pintu masuk parkir bawah tanah. Dia sengaja lambat-lambat,
pusing-pusing mencari angin sebentar. Tidak mahu dia menurut kepala angin
Melissa Hardani, perempuan itu sememangnya sentiasa membuatkan darahnya mendidih
setiap kali berjumpa.