BAB 7


Dia ke kiri, gadis itu turut ke kiri. Haziq Iqmal ketawa kecil. Dia berhenti melangkah, memberi laluan. Biar gadis itu mendahuluinya. “Arghhh!!! He so handsome!!!!” Jerit gadis itu. Beberapa orang pelajar mengeluarkan kepala, berbisik-bisik dan menatap wajah putih bersih Haziq Iqmal.

            Haziq Iqmal menggaru-garu kepala. Benar-benar berpenyakit, pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu. Ya, sakit cinta!  Ketawa kecilnya terluah lagi, dia menguntum senyum sendiri seraya berlalu ke kelas. Betul kata mama, pelajar-pelajar itu hanya tahu fikir yang bukan-bukan.

            Punggungnya dilabuhkan ke kerusi kayu tempat duduknya. Dia mengadap papan putih, tegak. Pandangannya dialihkan ke sebelah. Rakan perempuannya di tempat duduk sebelah, menatap wajahnya penuh asyik Haziq Iqmal menguntum senyum, melarikan matanya jauh. Dia mengambil buku dari dalam meja, diselak satu-satu mukasuratnya.

            “Haziq, boleh tak tunjukkan macam mana nak buat soalan ni?” ramah suara kecil itu menyapanya. Saban hari dia mendapat pertanyaan itu. dia juga bukan seorang yang kedekut ilmu, apasalahnya dikongsi apa yang ada.

            “Kali ni nak dengar betul-betul?” Soal Haziq Iqmal, separuh berjenaka.

            “Tengok macama mana.....hihi...” Gadis itu menarik kerusi pelajar depan, duduk mengadap Haziq Iqmal. Pandangannya tidak lepas mengadap mata kecil dan wajah putih itu.

            “Ha... tengok sini.....” Haziq Iqmal ketawa nipis, dia melambai-lambai di depan muka gadis itu. sesekali dia mengetuk-ngetuk pen di atas kertas tadi. Kepalanya digeleng-gelengkan..”Okey, soalan ni senang je., buat formulanya macam ni....” tidak jemu dia menerangkan, walau disoal berkali-kali..

            Gadis di depannya terangguk-angguk tanda faham. Entah dia faham atau sengaja mahu melihat wajah Haziq Iqmal semata-mata.










            Ierani Ilyana mengambil dulang makanan yang dihulurkan pembantu dewan makan, di bawa ke meja kosong, sempat dia membetulkan cermin mata bingkai hitam besarnya seraya berjalan masih mencari-cari. Tiba-tiba kakinya ditempang dengan pelajar nakal. Habis tumpah semua makanan yang diambil. Ierani Ilyana memandang sekeliling, dia meraba-raba lututnya kesakitan.

            “hahaha pakai cermin mata besar macam tu pun masih tak nampak....” Gelak tawa mereka menjengkelkan. Ierani Ilyana menahan malu. Dia mahu bangun dan berlalu keluar dari dewan makan, kakinya kaku di situ.

            “Nah....” Haziq Iqmal menghulurkan sapu tangan petak-petak kecil. Ierani Ilyana terkejut melihat wajah itu sudah terpacak di depannya. semua mata memandang mereka. Ada yang berbisik-bisik geram melihatkan kemesraan itu.

            Lambat-lambat Ierani Ilyana menyambut. Ditekan ke lututnya yang berbisa sakit.

            “Ambil ni, saya boleh ambil kemudian.....” Dulang makanannya diberikan kepada Ierani Ilyana, sebelum dia beredar ke kaunter semula, beratur mendapatkan makanan sekali lagi.

            “Tapi..” Dia hanya mampu membiarkan tubuh itu pergi menjauh. Ierani Ilyana membawa dulang makanannya ke meja kosong. Dia tidak mempedulikan pandangan-pandangan menakutkan di seluruh dewan. Dia tunduk merenung nasi. Hanya ke situ pandangannya boleh dilayarkan. Hanya tidak mahu mereka menjegilkan mata padanya. Sudahlah, dia dengan Haziq Iqmal tidak punya apa-apa hubungan! Mustahil untuk ada walau apa pun..... Jangan risau, dia tidak akan mengambil hak mereka semua....  Ierani Ilyana terus menyuap nasi ke dalam mulut. Dia perlu cepat, mahu ke pusat sumber sebentar lagi. ada tugasan dari guru yang belum selesai. Tidak mahu melayan karenah mereka semua, dia juga peminat Haziq Iqmal, hanya orang buta yang perlu cemburu dengan apa yang baru dilihat.