BAB 6


“Haziq, untuk awak.....” seorang pelajar junior menghulurkan kotak kecil warna merah jambu kepada Haziq Iqmal. Dia menutup mata, takut pemberiannya ditolak mentah-mentah.

Haziq Iqmal meletakkan sudu garfu di pinggan, dia melihat kotak kecil di tangan gadis genit di depannya. Lambat-lambat dicapai. “Untuk saya?”

            “Ya!” Jawabnya, takut-takut.

            “Terima kasih....” senyumnya melebar. Haziq Iqmal angguk sekali, tanda dia akan menghargai pemberian itu sebaik yang mungkin.

            Gadis itu terus berlari keluar dari dewan makan, sepanjang jalan dia menjerit keriangan. Haziq Iqmal ketawa kecil, berdesing telinganya mendengar jeritan nyaring itu. sepuluh orang memberinya hadiah, sepuluh-sepuluh orang itu juga menjerit di tepi telinganya.

            Riuh rendah seketika dewan makan dengan gosip sana sini. pastinya Haziq Iqmal menjadi topik paling hangat. Dia menerima hadiah setiap hari. tetapi tidak pernah bersikap berlagak dan kurang ajar. Dia setiap kali pun hanya senyum dan menerima saja...






            “Ahhh... penatnya....” Haziq Iqmal merebahkan tubuh kurus sederhana tingginya di Sofa empuk berangkai tiga di ruangtamu. Matanya dipejamkan kejap. Matanya bulat melihat bayang wajah ibunya besar di ruang mata. pasti wanita itu mahu melihat dia benar-benar tidur di situ atau sekadar menyusutkan keletihan seketika. “Apa mama ni, terkejut  Haziq...” Ujarnya sayup-sayup. Suaranya serak, petang tadi latihan bola sepak memenatkan.

            Puan Sri Azizah membelek-belek kotak dan bungkusan di atas meja. kepalanya digeleng-gelengkan. Pasti anak lelakinya mendapat hadiah lagi dari budak-budak sekolah tempat lelaki itu belajar. Tidak betah dia melihat kelakuan anak gadis sekarang;

            “Banyak hadiah hari ni...” Puan Sri azizah menoleh ke arah anak lelakinya yang memicit-micit remote, sinis.

            “Emmm...” Ujar Haziq Iqmal ringkas.

            “Tak usah layan merekalah, Haziq. Mama tak sukalah Haziq bawak balik hadiah-hadiah ni. kebudak-budakan sungguh.. anak patung, rantai, biskut pun ada..hish...Entah yang bukan-bukan semua..” dibelek-belek lagi sebelum dicampak ke meja kasar. Tidak faham dia dengan perangai anak lelaki tunggalnya. Suka sangat melayan budak perempuan di sekolah itu. Dia hanya tidak mahu prestasi dan pelajaran anaknya itu tergenggu saja.

            Haziq Iqmal mengemaskan semua hadiah yang dibawa masuk pemandu keluarganya tadi.

            “Orang dah bagi, ma... Haziq kenalah hargai...” Haziq Iqmal merenung sepasang teddy bear kecil di dalam kotak. Comel sungguh. Walaupun dia tidak pernah mengingati siapa yang memberi setiap hadiah itu, dia tidak pernah membuang ia. Pasti akan di simpan di bilik semuanya. Pemberian itu ikhlas, tidak salah jika dia menghargai penat lelah dan usaha mereka itu.

            “Hmmmm... sukahati Haziq lah, mama cuma nasihatkan Haziq aje. Jangan sampai grade Haziq jatuh sudahlah ya...” Bebel wanita itu. Terpulanglah, masa depannya, dia pasti tahu bagaimana menguruskannya.

Pandangan Haziq Iqmal menerawang ke sekeliling ruang tanu besar itu, “papa tak balik lagi?”

            “Katanya ada mesyuarat dekat terengganu, tak tahulah balik ke tak...” Jawab Puan Sri Azizah acuh tidak acuh. Suaminya itu sibuk kerja saja memanjang. Susah benar mahu terserempak dengan lelaki itu di rumah.

            “Auwww...” mulut kecilnya ditutup dengan tapak tangan. Haziq Iqmal mehan letih, tubuhnya sudah melekat di sofa, malas sungguh mahu ke tingkat atas dan mandi. Solat maghrib pun belum. Sempat dia menarik hujung matanya melihat jarum jam.
Puan Sri Azizah menggeleng-gelengkan kepala melihat keletah anak lelakinya, “dah, dah jangan nak tidur kat sini. pergi bangun, masuk bilik mandi...Kejap lagi kita makan...Ni benda-benda merapu ni bawak sekali. Tak kuasa lah mama nak hadap semua ni....”

            “Yes mom!” gelak kecilnya diluahkan. Puan Sri Azizah kalau membebel, mengalahkan pakar pidato. Ada saja yang hendak celotehkan...Cepat-cepat Haziq Iqmal melarikan diri ke tingkat atas.