Haziq Iqmal mengerling jam tangannya sekali lagi. Entah
ke mana perempuan itu pergi, dia mendengus lagi. ahh cukuplah, sudah berpuluh
kali dia mengeluh. Terasa letih pula. Pintu dihempas kuat seraya mengunci
kereta Lamborghini kuning terang itu. Dia bergegas berlalu ke dalam pusat
membeli-belah terkemuka di pinggir Pulau Langkawi itu. Langkahnya laju ke arah
lif. Malas benar mendengar ceramah tidak berguna yang keluar dari mulut Melissa
Hardani. Hanya ada makian dan kata-kata yang tidak munasabah saja keluar dari
bibir gadis itu. Dia sudah bosan!
Jam
tangannya sekali lagi dikerling, tubuh besarnya tiba-tiba merempuh tubuh genit seorang
gadis. Haziq Iqmal terkejut, gadis bercermin mata besar bingkai hitam itu turut
terpaku. Buku dan fail yang jatuh di atas lantai terbiar lama tiada yang mahu
mengutipnya.
Haziq
Iqmal mengetap gigi depan, dia cepat-cepat mengutip buku dan fail biru yang
tercampak di lantai. “Maafkan abang, tak sengaja tadi...Adik tak ada
apa-apakan?”
“Errr..tak
saya okey..” Ierani Ilyana membetulkan cermin matanya yang terlucut ke hidung.
Wajahnya ditundukkan diam seribu bahasa. Kemudian dia tersedar sendiri.,
wajahnya diangkat merenung lelaki di depannya. Dia jadi bertambah kalut.
“Ahh... adik?” Jantungnya berdegup laju. Tangannya menggigil kecil. wajah itu
membuatkan dia hilang arah. Bagaimana dia mahu melarikan diri, semalam baru
sahaja dia membaca artikel tentangnya. Hatinya gusar. Bagaimana ini. Bibirnya
digigit ketat.
“Haah...adik...”
Haziq Iqmal mencari salah dalam kata-katanya sebentar tadi. ada apa-apa yang pelik
kah dengan panggilan itu.Kenapa begitu sekali reaksinya. Dilihat tangan kecil
itu menggigil, dia senyum nipis. “Okey....” Haziq Iqmal baru mahu melontarkan bicaranya, suara kasar Melissa
Hardani sudah terdengar-dengar dari jauh lagi.
Haziq
Iqmal pantas menoleh.
“You
buat apa kat sini, ha? tak ada mata nak cari I ? Tak tahu jalan?” Melissa Hardani menjeling tunangnya tajam.
Pandangannya dialihkan ke wajah kecil dan polos Ierani Ilyana, “siapa ni?”
Pertanyaannya kasar sekali. Ierani Ilyana turut terkejut. dahinya berkerut
melihatkan suara tinggi itu.
Haziq Iqmal pantas menarik tangan Melissa Hardani
jauh dari sana, malas hendak bergaduh. Buang masa saja bercakap dengan gadis
itu. “Dahlah cepat... I banyak kerja lagi nak buat dari teman you shopping tak
berfaedah ni...”
“Huh!”
Melissa Hardani menarik tangannya kasar. Dia cuba mengingat wajah kecil tadi,
seperti pernah jumpa. Siapakah... dahinya berkerut-kerut memikirkannya. Entah
siapa, pasti bukan sesiapa yang penting. Jika penting, pasti dia sudah ingat.
Haziq
Iqmal mengerling beg kecil di tangan Melissa Hardani, entah apa yang dibeli.
Semata-mata datang pagi-pagi hanya mahu membeli benda kecil itu. Nauzubillah,
benar-benar menyakitkan hati perangainya.
“Hahaha.....aduh
lawaklah....Iera... Iera...” temannya terkekeh-kekeh mentertawakannya. Kalau
dia tahu begitulah reaksi mereka, tidak mahu dia menceritakan apa yang berlaku
di pusat membeli-belah Lagenda mall petang tadi. Oh tidak!! Geramnya hati bila
Haziq Iqmal tidak mengecamnya, malah memanggilnya adik!
Bantal
yang tercampak di bawah sebelah katil, dicapai sebelum dipeluk erat menutupi
muka. “heee.... ketawalah puas-puas......” Muncung bibirnya panjang sedepa,
rajuknya tidak akan hilang tidak kira apa yang berlaku.
Yuzie melompat di atas katil, “relaxlah bro, apasal
kalut sangat beb....first time memang selalu macam ni. bila dah banyak kali
jumpa, mesti lagi best punya...nasib baik dia panggil kau adik, daripada kakak,
makcik ke...haha..”
“Entah
tu, lelaki kan ramai, buat apalah kau tergila-gilakan si Haziq tu...hmmmm..”
Maya mencuit tangan kecil Ierani Ilyana yang merintih sepi. Hai budak ini,
payah sungguh hendak diselamatkan! Penangan Haziq Iqmal benar-benar
meninggalkan 1001 kesan yang mendalam.. Senyuman manis terukir di bibir merah
itu. tangan Boboy, teman lelakinya sejak di sekolah menengah dipaut manja. “Kan
baby?!!” memberi isyarat kepada lelaki itu supaya turut bersetuju.
“Betul-betul...
setuju seratus peratus!” Bobor turut mengukis senyum manja.
Yuzie mengambil bantal kecil di tepi katil,
dibaling mengenai muka boboy. “Kau Maya cakap apa semua setuju kan...Apa jenis
lelaki kau ni...”
“haha...tahu
tak apa..” Akhirnya Ierani Ilyana ketawa kecil. dia mengambil bantal yang
dipeluk sejak tadi, dipukul-pukul badan Boboy. “memang pun!!! Lelaki tak guna!”
Yuzie turut menyimbah minyak, dia membaling apa saja yang tercapai.
“Apahal
aku yang kena ni...” bilik kecil itu sudah berselerakan di sana sini. Boboy
melarikan diri dari terus dipukul.
“Yana,
buat apa tu? dah pukul berapa ni, bila kawan-kawan nak balik. Esok kena kerja
sayang!!” Jeritan diluar bilik mematikan terus gurauan mereka. Ierani Ilyana
menbuat isyarat senyap. Dia mengamati suara dan kata-kata itu dari dalam.
Ierani
Ilyana ketawa kecil. “Ya ayah... dah nak balik dah ni...”
Ketawa
mereka ditahan. Rindu zaman sekolah yang menyeronokkan. Alangkah baiknya jika
dapat mengembalikannya walau hanya seketika waktu....Nampaknya dia lah yang
menjadi mangsa akan mengemas bilik berselerak itu. Habis bulu-bulu bantal sudah
terkeluar dan menyerabutkan lagi biliknya. Kawan-kawannya jika datang tidak
membuat kecoh, pasti bukan merekalah itu!