BAB 11


Jemarinya ligat menaip di skrin komputer. Bait-bait perkataan itu terserlah di raut wajah itu. Maya senyum sendiri membaca satu-persatu perkataan yang memenuhi ruang matanya. Lelaki sekarang benar-benar buaya darat, hanya tahu berkata manis. Barangkali setiap hari makan jem strawberi , manis sungguh. Dia tidak terpikat langsung, hanya mahu muntah enam kali.haha...

             Telefon bimbitnya berdering panjang, siapa pula menelefonnya? Tidak tahukah sudah tengah malam. dikerling skrin telefon sekilas, Boboy? Apa lelaki itu mahu darinya? Orang sedang asyik melayan mamat-mamat jambu di laman chatting, ada saja yang mengganggu.

            “Hello, yes baby?” suaranya sengaja dilembutkan.

            “Jom keluar, Maya...” Ajak Boboy.

Jam dinding yang tergantung di atas kepala katil ditatap lama. lambat-lambat dia balas. Boleh pula dia mengelamun melihat jam itu. kepalanya digaru-garu tidak gatal. “ dah pukul 12 lah babe, nanti mama marah...”

            “Ala sekejap aje...” Pujuk lelaki itu lagi.

            “Tak naklah, nak tidur kejap lagi... esok aje jumpa kenapa....okey bye!” Maya pantas memutuskan talian, dia mengadap skrin komputer bimbit semula.melihat ayat yang dihantar lelaki-lelaki di dalam skrin, dia mencebik. Amboi, tadi sayang bagai. Bila orang lambat balas, mencarut macam orang gila!

            “Pergi matilah kau sana, lambat sikit nak maki bagai!” Maya menolak komputer bimbit jauh. Nasi baik Boboy bukan begitu. Dia selalu berchatting di internet, suka-suka mengisi masa lapang. Untuk pergi jauh, tidak sesuai rasanya dengan cara itu.

            Jemarinya mengusap-ngusap touch pad semula. Bosannya malam ini, kalau tahu tadi elok dia keluar dengan Boboy pusing-pusing satu pulau dengan motor kapcai lelaki itu. kapcai pun kapcailah, jani boleh sedut angin luar. keluahannya dilepaskan layu. Maya bangun malas-malas ke katil, tubuh montoknya direbahkan ke katil.

            Siling biru laut bilik tidurnya ditatap asyik, seperti dia mampu melihat bintang-bintang bergantungan di atas sana, menaburi seluruh alam semesta seperti pasir halus.  Maynya dipejamkan kejap, dia menekup muka dengan tapak tangan.

            Tiba-tiba dia teringat Ierani Ilyana, salahkah dia memberi gadis itu sebuah harapan? Salahkah? Yuzie seperti tidak mahu bertegur sapa dengannya kerana perkara itu. Dia kalut sendiri, di mana boleh dia cari harapan dan keyakinan itu, sedangkan semua orang tahu ia tidak pernah ada....

            Bunyi mesej dari komputer bimbit meleburkan semua lamunan yang membungkus tubuhnya. Dia hendak bangun, langkahnya termati. Chatting... internet... macam sesuatu yang familiar... Maya memetik jari, dia ketawa kecil. Akhirnya ada sesuatu menyumbat kepala oraknya. Berguna atau tidak, kita tengok besok!

            Maya mendapatkan komputer bimbitnya, dibawa kekatil seraya melabuhkan punggung. Tangannya ligat menaip sesuatu. satu-satu ditekan mencari apa yang dia benar-benar mahu. Sesekali wajah kelat dan layu itu bertukar ceria. Kali ini pasti berjaya! Senyumnya melebar...