“Cuba tengok lelaki tu...” Tunjuk Yuzie ke arah
seorang lelaki melayu yang duduk berseorangan di starbuck. Mengadap komputer
bimbit dan telefon bimbit saja. tidak mempedulikan orang lain di sekelilingnya.
“Handsome kan...?” bisik Yuzie. Dia menguntum senyum melihat pandangan khusyuk
Ierani Ilyana terhadap lelaki itu.
Tiba-tiba
datang seorang lelaki, duduk di sebelahnya. Siap bergesel pipi sebelum
melabuhkan punggung.
“Hais...”
Ierani Ilyana menarik muka, Yuzie juga.
“Alamak
sotong rupanya...” Yuzie menekup mulut dengan tangan, menahan tawa. Mereka
sama-sama tergelak kecil. Harap saja muka kacak, baju ada gaya, siapa tahu
mereka begitu. “Tak apa...” Matanya melilau mencari mangsa. Dalam seribu orang
di dalam pusat membeli-belah itu, pasti ada seorang yang masih bujang.
Pandangannya
berhenti pada seorang lelaki yang bersandar di besi penghadang tingkat itu,
mengadap tingkat bawah. Lelaki itu berpaling, mengadap butik baju. Matanya
mencari-cari.
“Not
bad...” Ujar Yuzie.
“Tak
macam Haziq pun...” Rungut Ierani Ilyana. Muncungnya panjang sedepa.
“Kau
ni...” Marah Yuzie, mahu sahaja dia menolak kepala kecil itu. Mana ada manusia
yang serba-serbi sama, melainkan mereka kembar. Susah betul melayan karenahnya,
ambil sahajalah apa yang ada. Memilih betul!
Tiba-tiba seorang lelaki bersama seorang lagi
perempuan menghampiri mereka. “hey, guys... what’s up?”
“hmmm...”
Yuzie mengeluh berat. seharian suntuk duduk mengadap orang lalu lalang di situ.
Penat pula. Sudah 3 gelas air dia minum. Naik kembung, semata-mata mahu melayan
Ierani Ilyana yang tergila-gilakan lelaki seperti Haziq Iqmal. Paling tidak
boleh blah, mahu juga yang sama spesis.
“Apasal
nya ni....kau orang buat apa kat sini? patutlah pergi rumah tak ada tadi.
keluar tak ajak pun...” Maya selamba meneguk air di dalam gelas milik Ierani Ilyana.
Yuzie menjuihkan bibirnya ke arah Ierani Ilyana.
“ni teman budak tiga suku ni...”
Tamparan
hinggap di tangannya. Tahu pula hendak mengamuk, ingat tahu merengek hendakkan
boyfriend saja. Yuzie menggeleng-gelengkan kepala.
“Jom
karaoke?” Boboy mengusulkan cadangan. Duduk dekat situ tidak buat apa, dia pula
terasa bosan.
“Nak
boyfriend, nak boyfriend...” Rengek Ierani Ilyana, dia menghentak-hentakkan
kaki seperti anak kecil.
Boboy memandang Maya, “apa kes nak boyfriend bagai
ni?”
“Kau
tak kenal lagi member kita ni ke? kan dia sejak dulu memang mengada-ngada, tapi
sejak Haziq Iqmal balik, dia lagi mengada-ngada!” Yuzie mencubit pipi kurus
Ierani Ilyana, padan muka!
“Kau
yang janji...” Dia menegaskan. Janji tetap janji.
“Tu
ada... tu ha...hah... yang baju kuning air tu.... sambar ajelah...” Usik Boboy,
dia menunjuk beberapa orang lelaki yang lalu lalang mahupun yang berhenti di
sekitar situ.
Ierani Ilyana mencebik, “ingat pilih boyfriend
macam pilih baju ke boleh main sambar-sambar!”
“Tahu
pun...” Yuzie dan Boboy serentak menolak kepala Ierani Ilyana. Mereka ketawa
terkekeh-kekeh melihatkan reaksi gadis itu.
“Sampai
hati you all....” Ierani Ilyana menarik beg sandangnya di atas meja mahu
berlalu.
“Wei,
ek eleh merajuk” Panggil Yuzie, cepat-cepat mereka bertiga mengejar langkah
Ierani Ilyana yang sudah jauh. “Relaks lah, jangan kalut beb....” bahu teman
baiknya itu dipeluk erat.
“Entah
tu, Haziq Iqmal belum kahwin kan. masih ada peluang lagi....” Pujuk Maya lembut,
digoyang-goyangkan tangan Ierani Ilyana meminta persetujuan kata-katanya.
Boboy
dan Yuzie sudah saling berpandangan. Mereka menjegilkan mata ke arah Maya.
Gadis itu tidak faham-faham lagi kah. Ierani Ilyana dengan Haziq Iqmal, seperti
langit dan bumi, tidak boleh bersama. Memberinya harapan bermakna, sengajanya
mengecewakannya.
“Ahh..aku
maksudkan...” Maya cuba membetulkan keadaan. Dia buntu kata-kata..
“Eh,
jom kita karaoke, bowling ke.....” Boboy menyelamatkan keadaan, harap-harap
Ierani Ilyana tidak mendengar kata-kata Maya tadi.
“Kau
belanja!” Sampuk Yuzie. Tawanya ditahan, wajah kecut mereka sungguh melucukan!
Nak tak nak Ierani Ilyana menurut. Merekalah kawannya dunia akhirat. Selalu ada
semasa dia senang dan susah. Dia sendiri jelas tentang Haziq Iqmal, hanya mahu
menyusahkan kawan-kawannya saja. senyumnya terukir kemas di hujung bibir...