“Aku laparlah, apakata kita makan dulu?” Ierani
Ilyana memegang perut. Digoyang-goyangkan tangan Maya yang tidak berhenti menai
di telefon bimbitnya. Pasti berchatting dengan Boboy!
Maya menoleh sekilas, “ kejaplah....Dah nak
sampai...”
“Ada
lagi? kau ni agak-agaklah. Tak cukup laki tadi tu malukan aku???!” Ierani
Ilyana melenting.
“sabarlah
sayang oi... mula-mula kena perit dulu baru manis...” Maya ketawa kecil. Dia
mencari tempat duduk di dalam secret recipes. Mancari tempat paling strategik.
“Duduk sini...Aku kat sana....” Dia menjuihkan bibir ke arah meja berdekatan.
Ierani Ilyana hanya mampu menurut. Dia tidak tahan
berkasut tumit tinggi dan berpakaian begitu. Selepas selesai, dia ingin pulang
ke rumah dan makan. “emm...”
“Aku
janji lepas ni kita balik...okey...” Maya memegang bahu Ierani Ilyana lembut.
“Iye....”
terliur dia melihat buku menu. Ditatap gambar makanan di dalam buku kecil itu.
Tiba-tiba kerusi di depannya ditarik, seorang
lelaki berpakaian kemas sudah berdiri di depannya. Ierani Ilyana hanya
memandang, lelaki yang nampak baik jika dilihat dari penampilannya. “Ierani?”
“Ya...”
Dia ingin bangun, lelaki itu sudah duduk.
“Zai...”
pendek dia memperkenalkan nama.
Ierani Ilyana angguk sekali. “Ya....”
“Dah
order...?” Dia memanggil seorang pelayan yang berlegar-legar di dalam ruang
sempit itu.
“Bagi saya ni...” dia menunjuk hidangan ringkas.
Ierani Ilyana senyum simpul. Lelaki itu agak baik.
“ Saya nak ni, nak ni.... em dengan ni...”
Maya
menggeleng-gelengkan kepala. Budak ini buat lagi!
“Besarnya
selera awak..hehe...” Zai ketawa nipis.
“Eh
taklah...” Ierani Ilyana menjeling Maya, dia baru buat sesuatu yang memalukan
kah? Maya merenungnya tajam, penuh di muka dengan jawapan-jawapan itu. Tidak
faham-faham lagikah dia?
Tidak sampai beberapa minit, hidangan
sampai.
“Awak
kerja kat syarikat swasta kan?”
Dia hampir tersedak, “ha? ha... ya...”
Dia
mendari Maya. Sepatutnya dia perlu berbincang, takut memberi jawapan berbeza.
Eirani Ilyana merenung makanan yang terhidang di atas meja. lantaklah, yang
penting dia perlu isi perut.
“Kegemaran
kita sama, awak suka baca buku kan... “ Bicara Zai hanya seperti angin lalu
yang membadai cuping telinga sebentar sebelum berlalu pergi.
Ierani
Ilyana ketawa kecil, bila masa pula dia suka membaca. Maya memang gila
meletakkan kegemaran sendiri untuknya. Ierani Ilyana hanya terangguk-angguk.
Tangannya ligat menyuap makan di dalam pinggan atas meja.
“Saya
rasa....” Zai melatakkan garfu di atas pinggan.
“Em?”
Ierani Ilyana memandang Zai. “Awak tak nak makan ke?” mulutnya yang penuh
dengan spageti tidak dihiraukan.
“Saya
tak ada selera tengok awak makan macam tu..” Zai cepat-cepat bangun, langkahnya
laju menahan muak di dada. Dia mahu termuntah melihat Ierani Ilyana makan
begitu.
“Eh..awak...”
gadis itu hanya memandang, pelik benar lelaki bernama Zai yang bertemujanji
dengannya. rezeki depan mata ditolak bulat-bulat. Mengandungkah? Hendak muntah
bagai!
“Iera!!!!!!
Kau ni kenapa??” Maya menahan geram. Dihampiri meja Ierani Ilyana, dilabuhkan
punggungnya kasar. Memang cari pasal perempuan ini! Ierani Ilyana menahan malu,
beberapa orang pelanggan menoleh, memandang ke arah mereka. Pinggan makanan di
atas meja, dipandang kosong. Kali ini dia memang betul-betul bertindak bodoh...sedangkan
semuanya sudah bermula dengan baik tadi...