BAB 8


“Lupakan jelah dia...lelaki lain kan ramai...” Yuzie memandang sekilas ke arah Ierani Ilyana sebelum mengadap PSPnya semula. “Hish!” tangannya ligat menekan punat-punat kecil di atas permukaan PSP, cari pasal sungguh! Hey, Yuzie tak pernah kalah main game ok! Rasa seperti mahu mencampakkan PSP itu ke dinding bila dia tersasar dan jauh dari target.

            “Em....Tapi aku tak boleh lupakan dia....”  Ierani Ilyana mengeluh berat. dia tunduk merenung meja belajar, menatap kertas kosong yang terkapar-kapar di atas meja kecil itu. Apa yang dia benar-benar pasti, lelaki sudah punya perempuan yang istimewa di sisinya.

            “Apa yang bagusnya pasal dia tu? cuba kau cerita sikit kat aku....” Kali ini suaranya mendatar, cuba memberi peluang gadis itu melontarkan masalah. Malah dia teringin tahu kehebatan Haziq Iqmal yang digila-gilakan itu.

            Ierani Ilyana menghenyakkan kepalanya ke meja.

            “Dia baik, comel.....dia.....” Diam sejenak. Haziq Iqmal terlalu sempurna, mana mungkin dia boleh menyenaraikannya kelebihan lelaki itu.

            “Yes!!” jerit Yuzie.

            “Kau ni dengar tak apa aku cakap.....!” PSP di tangan Yuzie dirampas sebelum disorokkan di belakang badan.

Yuzie cuba menangkap, “ek eleh... bagilah.... Aku dah nak menang ni...”

            “Kau ni....” Ierani Ilyana tertunduk, kawan-kawannya tidak prihatin sungguh! Dia menarik muka ketat.

            “Okey , okey.... kita cakap sampai mana tadi..” Pujuk Yuzie, ditarik tangan kawan baiknya dekat dengan katil. dipeluk gadis itu rapat, dialah satu-satunya kawan baik sejak tingkatan empat, selain Maya dan Boboy.

            Ierani Ilyana mencebik. Yuzie, macam lah dia tidak kenal. Sekarang dia memujuk, sebentar lagi dia kembali mengadap game di dalam PSP tu semula. Percayalah! Kepala angin budak itu sudah boleh diduga. Nak tak nak dia hanya menurut., duduk di atas katil sempit itu bersebelahan Yuzie.

            “Aku nak boyfriend!!!!!” suaranya tiba-tiba, perlahan tetapi cukup. Dan dia benar-benar maksudkannya. Bukan terdesak, juga bukan kerana terikut-ikut. Cuma perasaan itu perlu, wajar untuk ada. Dia begitu mengharapkan ada seseorang untuknya, wujud untuk dirinya...

            “haha..... come on la, single kan best...” Yuzie ketawa kecil, kemudian mengunci mulut, ahh dia tersalah cakap lagi. Matanya dikecilkan mencari reaksi Ierani Ilyana. Mampuslah dia jika gadis itu sudah tidak mahu dipujuk lagi olehnya! “Macam ni lah, esok kita pergi cari boyfriend ya....Ala janganlah sedih, ramai lagi lelaki lebih handsome dari Haziq Iqmal tu.... okey.....” bahu kawan baiknya di peluk erat.

            Ierani Ilyana senyum nipis...

        “Okey, jangan pulak mungkir janji besok...” Ujar gadis genit itu, separuh mengugut. Walau apapun yang terjadi, dia mahu seorang teman lelaki! Tak kira siapa, yang pasti lelaki itu mesti lebih hebat dari Haziq Iqmal! Maruahnya tercalar dek panggilan lelaki itu siang tadi. apa? adik? Ahhh tolonglah....