Mata-mata yang merenungnya ditatap satu-satu.
Ierani Ilyana semakin tidak selesa dengan pandangan-pandangan itu. pipinya
disentuh lembut. Ada apa-apa di wajahnya kah?
“hmm...
kau ni cantik sebenarnya....” Cermin mata besar bingkai hitam yang tergantung di
hidung kecil itu ditanggalkan. “Kalau tak ada pendakap gigi ni lagi cantik
kut...” Sambung Boboy, dia mahu menyentuh mulut Ierani Ilyana.
Gadis itu lebih dulu menekup mulut rapat dengan
tapak tangan. “Kau ni apahal? Benda ni penting...”
“Sampai
bila kau nak pakai benda alah ni, gigi kau kan dah cantik... hai...” Yuzie jadi
bengang. Hendak itu ini, tetapi banyak benar pantang larangnya.
“Kau
nak cantik kan.. Kau nak Haziq kan...” Maya menarik bahu Ierani Ilyana
mendepaninya. Benar, setiap kejayaan dan impian perlu pengorbanan. Setakat
pendakap gigi murah itu, takkan tidak sanggup. “Iera, dengarlah cakap
kitaorang...okey...kitaorang pilih yang terbaik untuk kau....” Pujuk Maya
lembut. Dia tahu jika ada jodoh Ierani Ilyana dengan Haziq Iqmal, maka adalah.
Tuhan lebih tahu ke mana dan di mana, siapa dan kenapa sesuatu perkara itu.
Ierani Ilyana, mahupun mereka semua harus yakin dan percaya.
Yuzie
menarik tangan Maya kesudut tepi bilik.
“Apahal...”
Maya menoleh, menyoal Boboy.
“Kau
ni apahal nak bagi dia harapan macam tu...? Kau kan tahu...Haziq....hish....
Kita nak ubah dia untuk tackle lelaki lain, Haziq tak mungkin lah...” Yuzie
menggigit bibir. sesekali dia menoleh ke arah Ierani Ilyana. Jangan gadis itu
dengan sudahlah.
Maya tertunduk, salahkah apa yang dia baru buat?
Dia angguk sekali. Pandangannya dilayarkan mengadap Yuzie semula, kali ini dia
yakin apa yang dia mahu, sama seperti yang Ierani Ilyana mahu. “kenapa pulak?
Kalau ada jodoh tak ke mana...”
“Jodoh?
Iera dengan Haziq? Kau biar betul? benda tu terang-terang...” Belum habis
kata-katanya diluahkan. Dia sudah ditinggalkan.
Maya
senyum simpul, merapati teman baiknya di kerusi meja belajar. Dihadapkan tubuh
kecil itu mengadap cermin duduk atas meja. “Iera kau kena yakin diri...Haziq
mesti akan pandang kau...okey...”
Ierani
Ilyana menarik nafas panjang. Bolehkah? Sedangkan dia dan Haziq Iqmal jauh
panggang dari api. Tidak setaraf langsung, walau tentang apa, langsung tidak
ada....
Yuzie
menarik muka, Maya tidak seharusnya berbuat begitu terus-terusan memberi
harapan. Pandangannya singgah di wajah Boboy. Lelaki itu hanya senyum, dia...
Maya bicara apapun semua dia setuju. Lelaki yang tidak punya pendirian teguh. Dia
hanya risaukan Ierani Ilyana, bukan soal apa yang menari-nari di benaknya.
Kasihan Ierani Ilyana jika dia terluka lagi... Tidakkah Maya harus berfikir
sepertinya....Kawan baik harus begitu...