Ierani Ilyana mengadap cermin besar butik baju
terkemuka di Pulau Helang itu. matanya terkebil-kebil mencari maknanya dia
berada di situ, dengan berpakaian sebegitu. Maya di belakang, direnung dari
dalam cermin. budak ini yang bukan-bukan difikirkan..
“Hmmm...
Not bad... ambik yang ni lah....” Ujar Maya kepada jurujual.
“Kau
buat apa ni.....? Aku tak biasalah pakai macam ni, seksi...” Bajunya ditarik-tarik,
tali halus itu merimaskan. Lebih baik tidak pakai baju terus dari pakaian tidak
cukup kain seperti ni.
Maya menarik tangan Ierani Ilyana jauh sebaik
membuat bayaran. “ Seriuslah sikit babe...kau kata nak boyfriend kan...”
“Aku
nak Haziq....” Langkahnya terhenti.
Maya
turut berhenti. Lambat-lambat dia menoleh.
“Okey,
aku minta maaf.. masa tu aku cakap tak fikir dulu....Apakata kita cuba lelaki
lain dulu...” Maya tahu, tempoh hari dia terburu-buru. tetapi dia tidak pernah
terus memutuskan begitu. Mungkin akan anda, siapa tahu..
“Aku
nak balik lah. Tak nak lah pakai macam ni...” Ierani Ilyana menarik muka, dia
benar-benar tidak selesa begitu. Jika mahu bertemujanji, biar dia berpakaian
seperti biasa saja.
“dengarlah
cakap aku Iera... sekali ni aje...” Maya menarik tangan tangan kawan baiknya,
kalau hendak berputus asa biar selepas ini. jangan menyusahkan dia yang tidak
tidur malam memikirkan hal ini. “sekali
ni aje...”Sambung Maya, walaupun malas-malas, jauh juga dia menurut. Maya
senyum simpul.
Ada
satu lagi perkara yang belum dibuat.
Salon
rambut di hujung jalan, menarik pandangannya. Dia mahu Ierani Ilyana didandan.
Kemudian dia mahu gadis itu memakai kanta lekap seketika, melupakan cermin mata
bingkai hitam besar itu. Dia tidak mahu cermin mata hodoh itu mengganggu
penampilan menawannya hari ini.
Suasana
sunyi menyelubungi meja empat segi sama kecil di bahagian tepi Kafe Serai
wangi. Ierani Ilyana tunduk merenung meja. apa yang dia perlu cakap? Sesekali
dia menelan liur pahit menyekat di tekak. Ahh suasana ini rumit dan kalut
sekali...
Tangkai
cawan kopi di atas meja, dicapai. Air kopi itu terasa pahit seperti hatinya.
seperti suasana yang mati di situ.
“Tak
tersangkut ke cawan dengan benda alah kat mulut awak tu?” sindir suara garau
lelaki di depannya.
Dia
hampir tersedak mendengar bicara biadap lelaki itu. ditoleh kawan baiknya di
meja depan. Dia teringin menumbuk lelaki yang duduk di depannya. Dia memberi
isyarat kepada Maya. Gadis itu menepuk dahi, satu lagi dia lupa. Pendakap gigi
itu. Ierani Ilyana, kau memang bermasalah lah! Bibirnya digigit ketat. Penat
dia mencari lelaki yang sesuai, malangnya lelaki pertama saja sudah tidak boleh
pakai. Bagaimana yang lain, ada kah yang boleh pakai...