BAB 1


Haziq, bila jumpa papa dengan mama I nanti, I nak...” Melissa Hardani mematikan kata-katanya. Tajam jelingan mata seksi itu dilemparkan ke arah lelaki di tempat duduk sebelah. Orang cakap dengan dia, boleh dia sedap layan lagu. Gadis itu geram sendiri. mukanya ditarik berinci-inci. Setebal make-up yang disapu ke seluruh wajahnya. Pantas dia menyentap tali MP4 yang kemas melekat di lubang telinga tunangnya, “you ni kenapa? Tak dengar I tengah cakap dengan you?” amuk anak tunggal Tengku Azmeer yang angkuh itu.

            “You tak malu ke terpekik-terlolong orang pandang? Tak payah you ingatkan I, I tahulah nak buat apa...” Balas Haziq Iqmal perlahan. Suaranya cukup tegas walaupun tidak begitu jelas.

            “Oh dengar rupanya....jangan you nak buat perangai, Haziq. I cuma ingatkan you dan pastikan you buat dengan baik...I..” Melissa Hardani hanya sempat menghabiskan ayatnya separuh, lelaki itu kembali menyumbat earphone ke telinga. Matanya dijegilkan seiring dengan dengusan kasar yang dilepaskan bersama. Oh, baru sekarang hendak tunjuk belang ya. Gigi depannya yang putih diketap ketat melihatkan pada perangai tunangnya. Tunang apa dia ini? buat hal sendiri, ingat diri sendiri tu siapa?

            ‘Perempuan macam ni yang mama pilih untuk jadi isteri Haziq? Kalau ikutkan hati, ikut perangai gila Haziq, Haziq lebih rela tak kahwin, ma. Dia tak pernah menghormati Haziq sebagai tunangnya, macam mana bila dah jadi isteri nanti..’ Jejaka tampan kelahiran Pulau Helang itu hanya berbisik di dalam hati, lemah. Naluri lelakinya masih begitu jelas untuk berfikiran waras. Jika perempuan banyak songeh ini isterinya yang sah, mahu naik tangan juga walaupun sebenarnya dia bukan orang sebegitu, yang panas baran.

            Melissa Hardani, satu-satunya perempuan yang tidak pernah berubah. Dia bersikap angkuh kepada sesiapa saja, seolah-olah dunia ini miliknya seorang. Dia yang menentukan semua, dia yang layak bersuara. Haziq Iqmal menggeleng-gelengkan kepala mengingatkan tentang Melissa Hardani, entah bagaimana hidupnya kelak bersama gadis itu. Dia sudah dapat merasakan azab yang menyakitkan sedang menghampiri.







            Orang ramai berpusu-pusu keluar dari balai ketibaan. Dia melangkah perlahan penuh gaya seorang lelaki idaman. Mata-mata yang memerhati hanya mampu dihindari tidak mahu perasan sendiri. barangkali bukan padanya pandangan itu dilayarkan.

            “Lisa...!” Panggil seorang wanita yang sudah berumur.

Dia turut menoleh, mengatur langkah seiring dengan gadis yang melalui penerbangan bersamanya.

            “Mama....” Melissa Hardani memaut tangan teman lelakinya erat. dengusan kasar jelas terhambur lemah. Ada saki baki ketidakpuasan hati yang menular jauh di dasar hati. Dia tidak suka diperlaku sebegitu. Rimas sungguh! “You nak berlakon, baik you berlakon betul-betul...” Melissa Hardani menarik tangan teman lelakinya ketat, menyusun langkah ke arah kedua ibubapanya di tepi balai ketibaan.

            “You tak payah nak ingatkan I....” Sinis senyuman yang terukir di ruang bibir. Dia tahu apa yang perlu dibuat. Tidak payah gadis itu hendak mengingatkan, mengajar seolah dia lebih pandai.

            “Lisa.....” Kedua beranak itu berpelukan seketika. Dia hanya memandang tidak berperasaan, senyuman nipis dilemparkan bila kedua orang tua itu menghampirinya.

            “Apa khabar makcik, pakcik....” Kucupan lembut menyentuh tangan kedua bakal ibubapa mertuanya. Dia mengerling Melissa Hardani yang berdiri di belakang, penuh sinis.

Tengku Azmeer menepuk-nepuk belakang badan bakal menantunya lembut. “Haziq, macam mana hidup kamu di UK? Lisa banyak susahkan kamu ke?”

            “Tak lah pakcik. Lisa layan saya ‘baik’ sangat..” Sengaja dia menekan perkataan baik pada kata-katanya seraya menoleh ke arah gadis itu. Hanya jelingan yang dilemparkan Melissa Hardani sinis, penuh jengkel sambil membetulkan rambut panjangnya yang ikal beralun cantik.

            “Baguslah kalau macam tu....” Tengku Azmeer memandang anak tunggalnya yang terliuk-liuk manja.

            “Tengok, mama dengan papa yang tak yakin dengan Lisa....” Melissa Hardani menarik tangan ibunya menjauh dari dalam ruang legar lapangan terbang Antarabangsa Pulau Langkawi.

            Haziq Iqmal merenung tubuh mereka yang sudah menjauh di depan. Dia memang layak diberi anugerah pelakon terbaik. Mereka langsung tidak mengesyaki sesuatu pernah berlaku antara dia dengan Melissa Hardani. Gadis itu memang pelakon yang hebat! Tergesa-gesa Haziq Iqmal merapati bakal bapa mertuanya yang memanggil-manggil di depan. Entah sehingga bila rahsia ini akan tersimpan. Lama-kelamaan pasti akan terluah jua. Dia akan menantikan hari itu, tunggu sajalah. Mengingatkan tentang tunangnya, Melissa Hardani anak tunggal Tengku Azmeer, hatinya jadi kecut. Perempuan memang menakutkan! Dan ketakutan itu sedang menyempit di tepinya seperti seekor raksasa dari angkasa lepas! Haha..